Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan.
Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w.
akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa
dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang
lelaki yang tidak soleh.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang
yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan
kifarat(tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa
Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku
mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan
dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang
aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat,
seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada
Allah selama haidnya.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta
menjaga sembahyang dan puasanya)
Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab
baginda, "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
s.a.w. "Ibunya".
Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa
wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya,maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia
kehendaki.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya(10,000 tahun).
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah s.w.t.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan
20 orang hamba.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan
meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat
untuknya.
Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki
yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama
seminggu,maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya
lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa
dihisab.
Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia,
disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau
merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan
hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada
suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya
akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap
renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari
Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya
atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu
melainkan Nabi-nabi.
Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang
dan malamnya menggembirakan suaminya.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya
melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan medapat pahala jihad.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola
perak.
Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan
oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta
sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita
sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu,
maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya
matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada
perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu.
Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab
mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-
ibadat orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan
berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di Baitullah.
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya
dengan api
neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang
dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian
dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan
baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang
lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya
itu,Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut
mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan
menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya."
Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah
akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya
kelepasan
dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala
80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
(isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,
cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau
memandang
kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya
perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta
engkau
dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
____________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment